LATAR BELAKANG

BADIM adalah singkatan kepada Badan Didikan Dakwah Islam UDA Holdings Berhad.BADIM adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) dimana ia melaksanakan aktiviti keagamaan untuk kakitangan Kumpulan UDA Holdings Berhad.

OBJEKTIF BADIM


1. Untuk menyatu padukan seluruh kakitangan Islam UDA.

2. Untuk meninggikan darjah intelek dan kegiatan ahli-ahli BADIM dalam bidang pelajaran, kebudayaan, ekonomi dan kebajikan masyarakat selaras dengan prisip-prinsip Islam.

3. Untuk memberi sumbangan kearah meninggikan kalimah Allah. Mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran.

4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang mempunyai tujuan dan dasarnya yang sama dengan BADIM.

5. Walau bagaimanapun, segala kegiatan dan okjektif yang bercorak keagamaan hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam.


LOGO BADIM


KETERANGAN LOGO


Bentuk Kubah
Melambangkan Masjid.
Lima Bulatan
Melambangkan Lima Rukun Islam
Segi Empat
Melambangkan bentuk Ka’abah dari sudut atas.


WARNA


HIJAU : Melambangkan keamanan.
PUTIH : Melambangkan kesucian.
EMAS : Melambangkan Keunggulan Agama Islam




MOTO BADIM
BERILMU BERKEBAJIKAN BERLANDASKAN ISLAM