Monday, February 22, 2010

Sumbangan Ikhsan


                         Assalamualaikum,

1.       Kutipan berjumlah RM310.00 telah berjaya dikumpulan hasil sumbangan jemaah surau selepas kuliah pada 9/2.2010. Kutipan ini adalah bagi  membantu adik Mohd Aqil Lufti yang akan menjalani pembedahan kerana sakit jantung berlubang pada 12.2.2010.  Usaha untuk membantu pembiayaan pembedahan ini telah diusahakan oleh Ustaz Abdul Malek Mohammad tenaga pengajar disurau kita. Mari lah sama-sama kita berdoa agar adik Mohd Aqil sembuh seperti sediakala.

2.       Badim juga telah membuat kutipan untuk En. Mohd Som Yusuf bagi meringankan sedikit musibah yang ditanggung. Sehingga kini sejumlah RM410.00 telah dapat dikumpulkan hasil sumbangan jemaah surau mulai 5.2.2010 yang lalu. Penyerahan akan dilakukan dalam sedikit masa lagi. Sekiranya tuan puan yang ingin menyumbang sila berhubung dengan En. Azhar Yop disambungan 8528.

Sekian, terima kasih.


BADIM

Khidmat Masyarakat


  1. Bantuan berjumlah RM300.00 sumbangan bulanan kakitangan UDA telah disampaikan kepada En Saifuddin dari Flat San Peng, Kuala Lumpur pada 29 1.2010.

  1. Bantuan berjumlah RM580.00 sumbangan bulanan kakitangan UDA telah disalurkan kepada 12 anak-anak yatim dari Kampung Darul Hidayah, Hulu Langat melalui akaun Maybank pada 3.2.2010

  1. Kutipan dari jemaah Surau berjumlah RM205.00 telah berjaya dikumpulkan untuk Pembinaan Sekolah Agama Kg. Roka Pram Kampong Cham, Kemboja dibawah kelolaan Ustaz Zakaria Awang pada 3.2.2010.

  1. Sumbangan 2 buah basikal berjumlah RM 190.00  telah disampaikan kepada Ustaz Zakaria Awang untuk pelajar pelajar Sekolah Agama di Kemboja pada 3.2.2010

Dengan kerjasama

UNIT  AGAMA DAN BADIM