Tuesday, January 26, 2010

Perihatin 2


Assalamualaikum,

Sekali lagi kami berkunjung untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM620.00 hasil kutipan bulanan dari 32 kakitangan UDA termasuk seorang kakitangan UDA Mall Greentown, Ipoh. 


Juga serahan zakat berjumlah RM1000.00 dari pihak individu. Semua sumbangan telah diserahkan oleh Setiausaha Badim En. Mohammad Ibrahim.

Ucapan terima kasih sekali lagi disampaikan diatas keperihatinan tuan puan dari keluarga ini.

Bagi adik Ismahani (gambar paling kiri) yang baru sahaja memperolehi 7A 1B dalam PMR baru-baru ini terasa kegembiraan berganda diatas bantuan ini. Untuk makluman tuan puan ibu kepada anak anak ini akan menjalani pembedahan. Bagi sesiapa yang ingin menyertai dalam program sumbangan bulanan ini sila berhubung dengan Tuan Haji Mohd Fadil Baharuddin sambungan 8604.

Disamping itu En. Saifuddin dari Flat San Peng turut menerima bantuan berjumlah RM300 sumbangan dari individu.


BADIM


Monday, January 25, 2010

Perihatin


Assalamualaikum,

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz merakam ucapan terima kasih kepada semua jemaah surau UDA yang telah turut prihatin dengan menyumbangkan bantuan berbentuk kewangan.

Pihak AJK  Badim telah meluangkan masa untuk melawat anak Ustaz yang masih terlantar di Hospital Besar Kuala Lumpur semalam. Anak nya (adik Fadhil Nor) disahkan mengidap sakit bengkak hati dan telah 2 kali menjalani pembedahan mengeluarkan nanah.

Sumbangan berjumlah RM375.00 telah diserahkan kepada ustaz hasil pungutan dari jemaah surau UDA. Para jemaah dan kakitangan yang masih ingin menyumbang sila berhubung dengan Tuan Hj. Mohd Fadil Baharuddin disambungan 8604.

Sekian, terima kasih

BADIM